Cabar watak novel popular

featured-image

BUKAN mudah untuk melakonkan watak yang diadaptasi dari novel popular yang sudahpun mempunyai ramai pengikutnya tersendiri. © New Straits Times Press (M) Bhd

[email protected] mudah untuk melakonkan watak yang diadaptasi dari novel popular yang sudahpun mempunyai ramai pengikutnya tersendiri.

Bagi pelakon Qasrina Karim, 29, dia mengakui pada mulanya berasa ragu-ragu untuk menerima tawaran berlakon dalam drama bersiri 16 episod Thariq Ridzuwan: His Treasure arahan Eyra Rahman itu."Selepas berbincang dengan pihak Astro dan penerangan diberikan, saya mula yakin untuk terima tawaran berkenaan. "Saya juga mahu cabar diri untuk melakonkan watak Husniya Radwa iaitu isteri kepada anggota Special Force, Thariq Ridzuwan (lakonan Meerqeen) yang mengalami depresi dan melayan suaminya dengan kasar.



"Ia juga gandingan pertama saya dengan Meerqeen dalam drama bersiri ini," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pelakon drama bersiri Thariq Ridzuwan: His Treasure di Metrowealth Pictures, baru-baru ini.Mengulas maklum balas awal peminat yang mempersoalkan pemilihannya kerana bertubuh kecil, kata Qasrina, walaupun berkecil hati, tetapi dia tidak mahu mengambil perkara itu secara peribadi."Saya memang ada kecil hati sedikit, tapi saya faham mereka ada kebimbangan itu.

"Mungkin peminat tak pernah nampak sisi berbeza saya yang boleh melakonkan watak berat sebelum ini."Saya harap dapat membuktikan kemampuan pada watak Husniya nanti," katanya yang sudah enam tahunberkecimpung dalam bidang lakonan.Bagi Meerqeen pula, dia menganggap projek drama Thariq Ridzuwan adalah rezeki buatnya.

"Walaupun difahamkan peminat ada senarai pelakon lain untuk lakonkan watak Thariq Ridzuwan, tetapi rezeki berpihak pada saya."Sebagai pelakon, saya anggap kepercayaan diberikan penerbit dan pengarah adalah satu tanggung-jawab dan amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.Berkongsi cabaran pula, kata Meerqeen, ia lebih kepada watak Thariq berdepan dengan isterinya Husniya yang ada masalah 'anxiety' dan depresi.

"Saya juga tak baca novel sangat kerana mahu fokus pada skripnya. Selain bersama isteri, ia juga membabitkan babak aksi dan medan perang."Saya juga tidak ambil projek lain kerana mahu fokus pada drama ini yang dijangka penggambarannya mengambil tempoh lebih dua bulan," katanya.

Ditanya sama ada dia melihat reaksi awal peminat pada drama ini sebagai tekanan, Meerqeen menafikannya."Saya berasa gembira bila drama ini sudah diperkatakan ramai sedangkan penggambaran masih berjalan lagi."Malah, maklum balas yang diterima juga menjadi pembakar semangat untuk saya memberikan yang terbaik pada lakonan," katanyaDrama Thariq Ridzuwan: His Treasure yang bakal menghiasi slot Dramavaganza di Astro Ria pada 23 Julai nanti turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Averitts Gomez, Noki K-Clique, Mia Sara Shauki dan ramai lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd.